Saturday, May 5, 2012

Kemenangan kelate

Kemenangan kelate di kota bharu,membuatkan semua penyokong bola sepak kelantan dan juga penyokong bola sepak negeri2 lain juga berpuas hati kerana dapat menewaskan pasukan Lions IX yang selama ini menjadi musuh bagi pasukan bola sepak Malaysia,akhirnya Lion IX dapat dijinakkan dan dimalukan dengan jaringan  3-0 oleh pasukan Red Warrior,sebelum perlawanan berlangsung pelbagai tohmahan dan provokasi yang dilakukan oleh pihak Lions IX supaya dapat menganggu konsentrasi anak2 buah Bojan Hodak ttp itu hanyalah kerja yang sia-sia saje seperti mencurah air pada daun keladi air kemana daun keladi kemana..hehehehe....

Saya turut menonton menjadi penyokong dan penonton setia setiap perlawanan Red Warrior mesti saya x kan miss,wlapun melawan Team bawahan sy ttp menonton,Restoran Pantai Timur lah menjadi markas bagi penyokong bola sepak RED WARRIOR di Utem ni,..ok untuk perlawanan semalam bagi saya permainan kelate lebih baik dibanding dengan permainan Lions IX,untuk separuh masa pertama permainan agak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling menyerang kubu lawan masing2,penjaga gol kedua2 pasukan melakukan tugas mereka dengan begitu cemerlang dalam menyelamat gawang mereka dibolosi...tamat masa pertama.

Masuk masa kedua,kelate bangkit dan menunjuk kehebatan mereka yang sebenar,dengan S.Chanturu@super express menjadi nadi penggerak pasukan kelate,dan pada minit 73 S.Chanturu membuktikan kepercayaan yang diberi dibalas dengan gol cantik bermula dengan bola hantaran Mat Yo disudahkan dengan Flying kick oleh S.Chanturu  menjadikan pasukan kelate 1-0,bermula detik2 ini malam gemilang dicipta,jaringan demi jaringan dilakukan oleh pasukan kelate..minit 76 Farhan,minit 84 Rizal Rosid...Berbanyak terima kasih diucapkan kepada semua pemain yang bermati-matian berjuang dalam memastikan kemengan seterusnya mengejar Lions IX yang sekarang 36 dan kelate 34 tapi kelate 15 match Lions IX 18 match jadi kelate mempunyai kelebihan 3 match lagi,...GOMO KELATE GOME GOLLLLLLLLGOLLLLL RED WARRIOR.


OK setakat ini saje untuk kali ini,k be happy sokmo...



\



Tuesday, May 1, 2012

Prinsip Hidup Org. Melayu Paling Kaya

Tan Sri Syed Mokhtar Al-bukhary nama yang tidak perlu diperkenal lagi kat malaysia,satu nama yang diangkat sebagai anak melayu yang paling berjaya dalam perniagaan dan merupakan seorang yang sangat peramah dan dermawan..sangat suka membuat amal,pelbagai badan amal dan pertubuhan yang ditubuhkan beliau untuk membantu anak2 melayu,malahan bukan melayu juga beliau tolong.Pelbagai cerita berkenaan beliau,kalau saya cerita mungkin x hbs kot..hehehe ok ni beberapa prinsip hidup beliau sapai boleh menjadi seperti hari ini,




1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya.SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN . Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.

4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan,MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN KUAT BERUSAHA .

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS,ADA MASA DI ATAS ADA MASA DI BAWAH.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu.ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG LAIN.REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA BOLEH AMBIL BALIK. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah.ORANG MELAYU KITA TIDAK MAHU BEKERJASAMA KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI.SUDAHLAH TAK MAHU BERUSAHA,APABILA ORANG LAIN BERUSAHA MEREKA MARAH.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA,BANGSA DAN UMMAH. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa
.APA YANG SAYA TIDAK TAHU SAYA BELAJAR MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN.SAYA TIDAK MALU . Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri.SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU KENA ATASI .KITA KENA BERANI KERANA BENAR . Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19.KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini,KEPADA BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI .Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.



40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41.ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI SENDIRI,KENA BEKERJA KERAS DAN FOKUS .

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT SUMBANGAN AMAL JARIAH.SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA NI .Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah,LEBIH BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT LANGSUNG.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48.SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANTU.SAYA MAHU ORANG LAIN MERASAI KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA.Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN.









ok that all for this time,sharing is caring.....samalah2 kita ambil dan amal apa yg syed mokhtar amalkan ni,insyAllah kita akan menjadi bangsa yang kuat dan hebat selain diberkati Allah hendaknya.....^_^

Sunday, June 26, 2011

tips memikat wanita

tips memikat wanita

Ada satu bagian, Pada perempuan
Yang sangatlah peka bila disentuh,Oleh lelaki
Di manakah bagian itu?
Maukah kau tahu?
Karna bagian itu, Hanya untuk lelaki yang cukup umur
Karna bagian itu,Sungguh sangat bisa
Buat perempuan dimabuk kepayang, dimabuk asmara
Di manakah bagian itu?
Maukah kau tahu?

Haha. Korang sure tahu lagu di atas kan. Lagu yang dulu kin penah klasifikasi kan sebagai lagu paling lucah pernah diputarkan di radio-radio Malaysia. Setanding dengan lagu-lagu hip hop macam Lolipop 50cent, setiap bait-bait dan perkataan berbau ke arah noti dan bertapa diorang memuja tubuh wanita. Dulu kalau lagu Rahsia Wanita nanyian Ari Lasso ni di mainkan, kin siap tutup radio terus, konon tak mo ’sakit’ kan telinga kin dengar lagu tak senonoh ni. Tapi lagu 50cent leh lah layan, siap buat ringtone lagi. hahaha.
Tapi sejak dah ‘dewasa’ ni, terbuka la hati ni se’inchi’ untuk terima lagu Rahsia Wanita ni. Kalau kita dengar-dengar dan hayati lagu ni, intro dia memang agak nakal, tapi save balik di bahagian chorus, bebunyi macam nie
“Sentuhlah dia
Tepat di hatinya
Dia kan jadi milikmu selamanya
Sentuh dengan setulus cinta
Buat hatinya sampai melayang”
See, see.. Ari lasso ni ngajar kaum Adam semua bagai mana nak memikat hati wanita yang di cintai, bukan noti semata-mata. Jangan korang nak pikir kotor-kotor je, jangan jadi macam kin, dulu siap delete lagu ni dari hard disk kin, sekarang sibok nak download balik.haha… sesungguhnya masa bisa mengubah segalanya.
Bestkan, kin letak lirik lagu nie, pastu letak latest photo kin manipulate, dalam kesibukan dengan kehidupan harian pun sempat gak kin lari dari kesibukan, semata-mata untuk layan jiwa untuk editing nie.
Ok, enough with the introduction. Kin kasi korang the real tips on how to tackle a girl. Jangan ikut cara Mawi tackle awek dalam iklan Silky Girl tu. haha
Setelah buat research kat beberapa website motivasi tetang macam mana nak ngorat wanita. Sini kin listkan cara-cara utama untuk menambat hati wanita (ikut pendapat pakar motivasi Prof. Ashikin Abdullah.ahaks)
(Perhatian : tips-tips di bawah adalah based on experience kin semata-mata.hehe)
1. Make her HAPPY
Happy… happy..dan bahagia. Pada pendapat kin itu la paling penting. Kalau korang ensem macam Fahrin Ahmad, auw. tapi korang langsung tak reti nak hiburkan hati wanita korang suka, tak mampu nak bahagiakan dia, kebarangkalian wanita korang syok akan tinggalkan korang dan menjauhi korang adalah tinggi. Yerla, kalau korang pun, takkan nak dekat-dekat dengan orang yang korang rasa tawar dan tak bahagia langsung.
Okey, ini rahsia antara kin dan korang pembaca sekalian (rahsia la sangat). Dulu kin penah try cuba jaya kasi peluang kat seorang makhluk Allah ni, adam or hawa mahupun haiwan atau pun benda tak benyawa tak payah la tahu. Memang kin tak happy pon dengan dia, tapi apa salah nya kita beri peluang kat seseorang kan, so kin cuba kenal-kenal dan beri peluang kenal-kenal dengan beliau. Dah beri peluang pun, tetap tak happy, so kin paksa diri kin untuk kenal dengan dia. Keadaan kin masa tu memang indescribable, tapi satu ayat je yang sesuai untuk gambar kan perasaan kin time tu, ‘LEMAS’. sampai demam-demam kin pikirkan benda alah ni. Haha, sesungguhnya kita tak boleh paksa diri kita untuk menerima sesuatu perkara/benda. Akan memudaratkan diri kita sendiri…
2. Hormat & Sopan!
Apa yang penting…. hormat…
“ …nanti kena tangkap basahsaya plak amik gamba kin kawin basah.wakaka.  :p  just kidding…”
Ini dialog kin copy dari seorang makhluk Allah ni, dimana beliau telah reply wall post kin dengan penuh penghormatan sekali. Si makhluk Allah di atas ni bukan la nak ngorat kin, sekadar sebagai contoh untuk topik mengorat kali ni. Sebagai seorang perempuan, mahupun kaum Hawa yang lain sure berapi bila seorang lelaki boleh cakap macam tu kat seorang perempuan, walaupun dia siap quote kan ‘just kidding’.. haram la nak gelak dengan lawak sebegitu.
Okey, dah bikin panas, so sekarang mari kita elaborate kan maksud HORMAT.
Korang kaum lelaki jangan sesekali cakap perkataan kurang ajar seperti drama di atas, walaupun korang ni jenis suka buat lawak bodoh lagi kasar. Jaga-jaga lah. Kadang-kadang lawak korang bukan takat mengguris hati kawan-kawan je, tapi sedar tak sedar bisa memalukan dan menjatuhkan maruah orang lain. Tak kisah lah korang berkenan kat perempuan tu ke tak. Tapi, sedikit sebanyak akan menolak markah korang, silap-silap awek tu terus menjauhi korang. Tak yah panjang-panjang cerita.. Lu pikir la sendiri
Adalah penting (bagi kin), seseorang lelaki tu harus jaga petuturan yang ingin diluahkan tatkala nak berdialog dengan wanita yang diminati. Tapi diingatkan, jangan la sopan gile-gile, sampai naik cemuih perempuan tu. cukup kalau just rendahkan suara dan tak terjerit-jerit macam tengok bola sepak, dan sampai tersembur-sembur air liur konon nak tarik perhatian.kah3
3. Jangan DESPRATE sangat
Haha. yang ni kin taktau apa nak cakap dah. Rasanya kaum Hawa suka lelaki yang cool dan tak menonjol sangat yang lelaki tu nak kat seseorang perempuan. Yerla, jangan korang lompat terkinja-kinja sebab nakkan sangat perempuan tu. Lepas tu siap paksa-paksa orang perempuan tu supaya terima dia. Lagaknya macam budak kecik nak kan permainan. Fuh, kalau begini, kin lari pecut terus la, gerun seiy.haha
4. Kebersihan & Hygiene
Ini korang wajib-wajib la praktikkan. Kemas, rapi dan bersih itu penting. Kepada perokok-perokok yang nak mengorat, korang kena jaga kebersihan dengan lebih extra lagi. Bayangkan korang dah merokok, bau rokok, gigi kotor, kuku kuning, euuuw. pandai-pandai la korang lepas merokok kunyah chewing gum or sweet yang boleh buangkan bau rokok kat mulut korang, pastu spray perfume mahal-mahal untuk elak bau kat pakaian. Paling penting, kalau awek korang bukan perokok, elakkan dari merokok berdekatan dengan beliau, tak sayang ke korang kat wanita yang korang minat, kasi dia hidu asap rokok yang berkali kali lebih berbahaya dari korang yang menghisap. Dari situ pun boleh nilai kasih sayang korang kat si dia.
5. Yakin diri
Ini pun tak kurang penting nya, nak buat sesuatu keputusan mesti ada keyakinan kan. Begitu juga bila korang putuskan nak ngorat wanita pilihan hati, mesti yakin diri, kalau tak, baru ada cabaran sikit dah takut-takut. Tapi jangan terover yakin. Confident sorang-sorang pun haru gak. Terkurang mahupun terover yakin sama je tak best nye.
Orang kurang yakin ni pun melemas dan merimas kan wanita yang nak dingoratnya. Contoh orang kurang yakin diri, yang member kin alamai sendiri. Bila si wanita ni tegur sikit, si mamat ni mesti keluarkan ayat “saya tahu la siapa saya..”, kalau kita tak layan dia sebab bizi, keluar lagi ayat ni “saya tau la sapa saya..“.. at the end member kin terus kasi kata putus bagus la awak tau sapa awak..tahu takpe...”.. So korang dapat tak point yang ingin di nyatakan kat sini. Bagi seorang perempuan, kin pun agak tak gemar dengan lelaki yang kurang keyakinan diri dan asyik-asyik nak orang meratapi siapalah diri dia tu. Pikir-pikirkan la ye kawan-kawan.
Extra Tips:-
“Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.”

Saturday, June 4, 2011

Sinar

Syukur alhamdulilah minggu lepas dpt gak sy balik kelate wlaupun sekejap lam 3hr je,tapi berbaloi dapt jumpa all fmily member,dpt cium tngan umi dpt cium dahi umi dpt peluk umi,ammmmm best yea ambik berkat ibu ku tersyg,.Tujuan sy  blik kg ad majlis kenduri @ lam bhs kelate (beckwoh) umah pak saudara sy yg sy pngil ayh Isa ank sulung dia  kak long kahwin dgn jejaka pilihan dia,sy rasa mmg secocok dua mempelai tu bagai pinang di belah dua.

Disamping tu sy blik gak tuk jumpa umi coz 31.05.11 umi berangkat pergi negara china mengikuti lawatan bersama dgn group bank rakyat abg long sy abg hakim trut serta gak.

Sepanjang 3hr dok kt penuh dgn aktiviti :

1st day ; pagi-ptg tlg kerja2 persiapan kahwin kat umah ayh isa
              malam- family buat makan2 hehehe biasa bakar aym tp kitaorg uat lain skit kitaorg bakar      
              sotong,udang,ikan,kerang selain tu ikn,stong,udang ad gak yg goreng celup tepung ermmm best  
              tambah dgn makanan sampingan lain tp pulut durian paling best emmmmmm sodap yoooooo....

2nd day ;pagi-ptg jadi orang2 disebalik tabir(jom kakko) majlis perkhwinan umh ayh isa..^_^wlaupn penat tp
              puas hati coz dpt memberi bantuan serba sedikit kat pak saudara ku syg ni..
              malam- main futsal ngn adik beradik saya mmg hapenning sgt n dpt gak lepas rindu kt adk-brdik
              abdull ni hehehe  kat c ni mcm2 skil dpt aku lihat mcm messi,c.Ronaldo,xavi hahaha mcm2
              adaaaa^_^
3rd day ;pg-ptg pergi menghantar pengantin perempuan ke umah pngantin lelaki,yg best kat c ni dpt makan2
             mmg kenyang,hahaha
             malam- sy pulang kembali ke melaka naik bas kul 8 mlm..byk bekalan yg sy bawa pulang tp yg pling
            penting mst lah budu cap keterah...hahaha^_^

ok tu je kot tuk kali ni k sekian as salam..



Sunday, May 22, 2011

assalaimuilaikum

Alhamdulilah syukur pada mu Ya Allah dgn segala nikmat dan kurniaan Mu akhir yea berjaya gak sy dan kwn2 thank to (wak,pok din,mat mie,pok jad) memasak kat hostel emerald park ni,walaupun x sempurna dgn kuali x de dapur x de tp dpt gak kitaorg masak dgn menggunakn periuk elektrik ijad dan pok din,satu uat masak nasi satu uat masak lauk..tq so much guys i luv u..skrg dgn memasak sy dapat save my money dgn byk yea..hehehe...^_^ ok jz nk berkongsi sje bye kwn2 as salam

cth tomyam kami buat

Thursday, May 19, 2011

Tip bagi lelaki


6 Ciri Lelaki Yang Mampu Memikat Hati Wanita

6 Ciri Lelaki Yang Mampu Memikat Hati Wanita











Ketampanan atau kehenseman seorang lelaki itu bukan lah semata-mata yang dicari oleh wanita. Banyak lagi perkara-perkara lain selain tampan yang perlu ada pada seseorang lelaki untuk menarik hati wanita. Antaranya,
1) Kebersihan diri perlulah di jaga
Walaupun anda dilahirkan dengan wajah yang tampan tetapi anda tidak tahu menjaga kebersihan seperti contoh baju kotor, seluar kotor, rambut tak pernah syampu, selekeh, busuk dan lain lain lagi, walau anda setampan Brad Pitt sekalipun anda tidak akan dipandang oleh wanita.
2) Mempunyai gaya tersendiri
Anda tidak perlu meniru gaya Beckham, Tom Cruise mahupun Anuar Zain untuk bergaya. Percaya dengan gaya anda. Pasti akan ada yang suka jika kita tidak meniru gaya orang lain. Bagi yang bermisai dan janggut tu bawa-bawa la trim yer. Jangan sampai ada kutu pulak dalam janggut.
3) Ada sikap lucu dalam diri
Lelaki yang lucu selalunya akan diminati ramai wanita kerana wanita tidak akan bosan apabila bersama mereka. Kadang-kadang, wanita ini sudah cukup masalah, so lelaki lah menjadi tempat mereka untuk release tension.
4) Bersikap prihatin
Disamping lawak, anda perlu juga prihatin atau mengambil berat kepada wanita. Wanita adalah golongan yang lemah. Tak perlu beria-ia untuk menunjukkan prihatin anda. Cukup lah dengan membawa barang-barang jika membeli belah, mengambil makanan untuk mereka, buka pintu kereta untuk mereka, memimpin tangan mereka ketika melintas jalan dan lain-lain lagi. Bagi wanita mereka sudah terasa terharu jika anda menunjukkan sifat gentleman tersebut.
5) Selalu senyum
Senyuman adalah ‘make up’ terbaik bagi seseorang lelaki. Sejuk je setiap mata wanita yang memandang. Walaupun tak tampan tetapi anda akan kelihatan manis jika senyum. Senyum itu sedekah kan. Wanita pun lebih berani mendekati anda dari yang hensem tapi muka nak masam jer 24jam.
6) Bersikap ‘cool’
Lelaki yang cool ataupun tenang ini juga antara salah satu sifat yang disukai wanita. Tenang melambangkan matang. Jangan sampai perempuan pula yang tenang tetapi anda yang teruk menggelabah. Lelaki yang cool adalah lelaki yang dapat menghadapi segala masalah dengan tenang dan menyelesaikannya perlahan-lahan tanpa perasaan kelam kabut.

ok nti cuba lah ek kwn2 ad yg blh guna tu pakai yg x leh guna x yah pakai...hahaha ok
sekian..as salam ^_^

Wednesday, May 11, 2011

Praktical (amalan kejuruteraan)

Hari ni masuk hari ke-3 sy menjelani prktical dlm kampus ni 1st fakulti iaitu fakulti pembuatan(fkp),alhmdulilah dapat gak sy kenal fakulti org lain di samping dpt gak ilmu serba sedikit pasal autocad wlaupun sy dh tau n blh gak kenal sheet metal, mesin bending,ermmm hari ni gak group sy yg diketuai oleh wak dpt gak siapkan drill box.Ini ialah salah satu tugasan bagi semua pelajar fakulti mekanikal(fkm) yg yg terlibat dgn semester khas ni sepanjg berada di fkp selama  3 hari ni.

Bila melibatkan kerja berpasukan mesti  ada golden value kat sini,hahaha pandai gak bhs english  sy,ok sepnjang sy buat kerja dengan sahabat2 sy (wak,pok din,mat mie,tong bdk cina),sy dapati teamwork kita org bgus,pandai bahagikan tugas,wak sbg ketua bertgjwab terhadap ank2 buah dia dlm menyiapkan kerja tangan ni,satu lagi pndai bodek puan rohana  hehehe itu yg penting bab kata cik engineer hanizam dlm hidup ni kita kena ad 3B baik,bijak,bodek...hehehe last2 dia yg terkena,terkena ap biarlah rahsia?????? ^_^ ok hr ni last aku dok fkp esok sy kena pindah kt fakulti elektrik lak mok ckp esok uat wayiriing btul x tau sy eja ni...hehehe dpt c bm masa spm,ok citer kt fke coming soon^_^




inillah drill box yg sy maksudkan kwn2....^_^


ok sekian,t.cre evryone wa salam.