Friday, May 6, 2011

Maher Zain - Freedom Original Version Mp3 | MusicDumper.com - Free MP3 Downloads, Music Search and Embed Codes for your Profile!

ini link tuk download lagu sy guna ni lg senang,pantas n mudah dr 4 shared so korang try2 lah guna ni lak,kot korang rs cam sy ke..hehehe kalu x rs 2 tak tau lah sy ^_^..semalam dengar lagu maher zain kt radio mmg best,ini lagu baru dia freedom memg catchy sgt lagu dia sesuai dgn suasana skrg yg semua org mahukan kebebasan dan hidup aman..


Pergi seorang parajurit


Berita terhangat minggu ni,berita pasal kematian osama laden yg telah dibunuh dengan kejam oleh tentera (polis Dunia) Amerika Syarikat.Pelbagai reaksi oleh masyarakat dunia dapat kita saksikan bermula dr pihak pemerintah hinggalah ke rakyat bawahan dr timur ke barat dr utara ke selatan semua berbicara pasal kematian insan yg bernama osama bin laden ini.Surat khabar metro hari ni melaporkn Al-Qeeda telah mengesahkan kematian ketua mereka adalah benar dan akan melakukan sesuatu akibat kedurjanaan President amerika Barack Obama,kata jurucakap Al-Qeeda amerika perlu menerima akibat yg sama  dr perbuatan  mereka ini.Kita tunggu dan lihat apa akan berlaku dlm seminggu dua ni.


   
adakah ini osama bin laden yg dibunuh Amerika?

Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan dari segi fakta dan bukti yg kukuh, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah sedia terbukti dan kita sbg masyarakat dunia sudah dapat menilai.


Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai penganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai penganas.

Adapun ada orang yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

  




Sekian dr sy esok masih ada........