Sunday, February 20, 2011

As salam

Sahabat semalam diri mu menanti ku
Hati kecil ku berkata indahnya bersahabat
Sahabat jika diri ini masih kau mencari
Cari lah aku di mana aku dan kamu
Bertemu pertama kali dulu


Mungkin dulu aku seorang insan yg lemah
Sentiasa berada di dalam kedukaan
Sntiasa Dirundung pilu tapi itu semua dulu
Aku sekarang sudah bangkit dari terlena lama
aku sudah sedar bahawa hidup ini sungguh indah
sungguh cantik.Aku bersyukur dengan segala anugerah
Allah SWT terhadap diri ini besarnya Anugerah dan
kurnia ILLahi kepada diri ini ALHAMDULILLAH...

Sifat dan pemikiran negatif selalu menjadi musuh
kepada diri ini,kadang2 terfikir di benak kotak
fikiran aku kenapa diri kita perlu ada unsur-unsur
negatif????????
Persoalan ini terjawab dengan sendirinya jika kita
berfikir dan sentiasa bermuhasabah serta mendekati
diri kita yg selalu alpa dan lalai ini kepada
YANG MAHA PENCIPTA YANG MAHA
BIJAKSANA...setiap pencaturan Allah adalah yg terbaik untuk
hamba-hambaNya setiap yang berlaku ada hikmahnya tetapi
kadang-kadang kita terlupa itu dan mudah menyalahkan takdir
dan mengatakan Allah swt tak sayang kita,Allah tak adil pada
kita..Astafirullahalazim

Allah MAHA PENYAYANG ALLAH MAHA PENGASIH
wahai sahabat-sahabat wahai diri2 kita
Allah teramat sayang kepada hamba2Nya terutamanya kita sebagai
umat Nabi Muhammad begitu banyak istimewa untuk diri kita
Allah telah beri dan kurniakan untuk kita
Setiap ujian dan dugaan Allah untuk kita adalah tidak lain tidak bukan untuk menguji diri kita dan untuk mengingati diri yang
selalu alpa dan lalai dengan keindahan dunia yg sementara ini.
Selain itu  dugaan Allah juga kerana Allah bersifat Pengasih ,Allah mahu mendengar rintihan kita,tangisan kita,jeritan hati kita
berdoa lah pada Allah Berserahlah semuanya untuk Allah kerana Allah itu
Maha Mendengar Maha Mengetahui......fikir2 kan lah ^_^ InsyAllah





















































































































Tuesday, February 15, 2011

Assalaimuilaikum

Rasa dh lama x buka blog aku ni,ermmmm anywy Selamat Menyambut Maulidur Rasul bersama2 lah kita berselawat dan memuji jujungan kita Nabi Muhammad SAW..InsyaAllah..ini artikel yg aku ambil dr kelate.net sgt sesuai tuk kita semua baca dan muhasabah diri kita sebagai umat Islam di negara malaysia ini.


Antara 2 Kekasih.
Bulan Febuari 2011, jika diperhatikan ada satu perkara yang direncanakan oleh Allah kepada hambanya untuk menguji keimanan kepadaNya. 14 Febuari yang selalu digembar gemburkan oleh satu golongan sebagai hari kekasih, yang langsung tiada nas atau asal usul atau kaitan dengan Islam, tetapi banyak juga umat Islam terutama remaja yang teruja menanti hari nya.
Walaupun saban tahun ada pihak yang diberi izin oleh Allah untuk mengingatkan umat Islam tentang keharamannya dalam Islam, tetapi tetap juga ianya menjadi satu perkara yang dinanti. dengan memberi berbagai alasan supaya nampak ianya dihalalkan. Valentine’s day – ramai anak-anak muda Islam, kalau yang bukan Islam tidak lah dikisahkan turut membeli bunga atau coklat atau apa-apa hadiah untuk diberikan kepada kekasih, konon sebagai tanda cinta abadi.
Dan ramai juga anak gadis yang dek kerana hari cinta abadi ini tergadai body. Na’uzubillah! Malah dengan adanya kemudahan seperti internet dizaman serba moden dan pantas ini,menjadi medium yang mudah untuk memberi ucapan kepada para kekasih hati, kononya.  Perkara -perkara sebegini senang sangat untuk diikuti dan diingati oleh anak muda islam, tetapi hakikatnya apa yang perlu diingati sebenanrnya, tidak pula begitu.
Selang sehari iaitu 15 Febuari adalah bersamaan 12 Rabi’ul awal 1432 hijrah, kalau ditanya kepada sebahagian anak muda, mungkin ada yang tidak tahu atau lupa apa peristiwa penting pada tarikh tersebut bagi umat Islam. Alhamdulillah, pada peringkat tertentu seperti sekolah, jabatan atau syarikat ada yang membuat sambutan Maulidur rasul S.A.W dengan berbagai cara sama ada ceramah, perarakan dan sebagainya.
Sedikit sebanyak dapat juga memberi peringatan yang berguna kepada umat Islam. Tidak kisah lah dengan pendapat yang mengatakan sambutan Maulidur Rasul itu bid’ah atau apa saja tetapi dengan cara betul jika dilakukan ianya dapat mengimbangi kesesatan yang cuba dijarumkan oleh pihak tertentu kepada generasi muda Islam.
12 Rabi’ul Awal adalah hari keputeraan kekasih Allah, Muhammad S.A.W yang mulia, mengatasi apa saja yang dipanggil kekasih oleh kita didunia ini. Sewajarnya inilah yang patut menjadi keutamaan kepada orang Islam, yang lebih patut diiklankan dimedia massa atau apa saja medium.
Bukan beerti mengingati tarikh itu sahaja sebagaimana ramai dari kita yang menyambut hari lahir mereka, tetapi yang lebih penting apa yang dibawa oleh kekasih Allah itu kepada kita bermula 12 rabi’ul Awal tahun gajah bersamaan 23 April 571 M  hingga 12 rabi’ul awal tahun 11 hijrah tahun kewafatan Baginda rasulullah S.A.W. Apa sahaja yang dibawa oleh Rasulullah hendaklah diikuti keran Baginda adalah utusan Allah, bukan sahaja kepad umat Islam tetapi untuk seluruh is alam ini.
Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:
Surah Al-Anbiya, ayat 107
“Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”
Entri ini sebagai tazkirah kepada diri saya sendiri kerana melihat tahun 2011 ini adalah satu tahun yang Allah jadikan dua tarikh ini berdekatan dan berturutan, supaya kita semua mengmbil iktibar tentangnya. Janganlah kita salah memilih antara 2 kekasih. InsyaAllah! 



Wednesday, February 9, 2011

Kenali diri

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah.. 

1. Pemimpin 
2. Lembut 
3. Kemas (Cerewet) 
4. Rajin 
5. Boleh berbincang 
6. Angin 
7. Patuh 
8. Bisnes 
9. Glamour 

Contoh: 20 05 1981 
2 + 0 = 2 
Maka kotak pertama adalah 2.. 

Kemudian campurkan kesemua nombor.. 
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26 
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti : 
2 + 6 = 8 
Maka kotak kedua adalah 8.. 

Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua 
2 + 8 = 10 
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi 
1 + 0 = 1 
Maka kotak ketiga ialah 1.. 

hasilnya.. 
2 : Lembut 
8: Bisnes 
1: Pemimpin 

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna..InsyAllah tapi ini sebagai satu semangat untuk diri kita supaya menjadi lebih baik dari diri kita sekarang bukan mudah berpuas hati dgn ap yg ada sekarang tapi kita kena sentiasa bersyukur pada Allah atas segala pemberian DIA kepada diri kita ini..



Selamat mencuba kawan2