Monday, January 24, 2011

kelantan kena lagi


Kota Bharu,belum pun saingan Liga Malaysia musim ini membuka tirainya, Kelantan, juara Piala Malaysia 2010, sudah menerima perkhabaran buruk.
Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan mengekalkan hukuman gantung enam bulan ke atas ketua jurulatihnya, B. Sathianathan berkuat kuasa kelmarin.
Keputusan tersebut mengejutkan penyokong setia pasukan The Red Warriors ketika persiapan mereka sudah memasuki fasa terakhir sebelum aksi merebut Piala Sumbangsih antara Kelantan dan Selangor pada 29 Januari ini bermula di Stadium Shah Alam.
Ekoran keputusan tersebut, Kelantan perlu mencari pengganti Sathianathan untuk mengemudi The Red Warriors berikutan penolongnya, Hashim Mustafa hanya mempunyai Lesen Kelas B dan tidak layak mengetuai pasukan.
Penyokong Kelantan menganggap tindakan FAM itu sebagai ‘kurang cerdik’ kerana membuat keputusan pada saat-saat akhir sekali gus menyusahkan pasukan The Red Warriors untuk mencari pengganti yang sesuai.

Ini lah sikap org2 FAM yg tak tau bila nk berubah wlaupun tan sri anuar sendiri berada di dlm yea tp beliau sendiri terpaksa menerimanya kerana beliau berseorngan di dlm FAM.Sungguh memalukan kerana ini tidak langsung akn meningkat mutu bola sepak malaysia malah menjatuhkan adalah,tgk di epl mana ad jurulatih digantung sampai 6 bulan paling teruk pun sebulan jea 2 pun dpt pergi stadium besm pemain tp ms permainan duduk di bangku penonton.Bola sepak malaysia baru sje nak bangkit kembali dr zaman kegelapan tut2 FAM pulak buat hal...ish2 kesian yg jadi mangsa rakyat malaysia kerana terpaksa menangung semua ini...fikir2 kan lah..^_^

  

Sunday, January 23, 2011

Hadis Rasulullah

"Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu,berpuasa dibulan ramadhan,menjaga kehormatannya dari yang haram dan mentaati suami,maka masuklah ia kesyurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki" (Hadis Riwayat Ahmad) 


Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda : "Perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara,iaitu kerana hartanya,keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah kerana agamanya kelak engkau akan bahagia" (Hadis Riwayat Muttafaqun Alaih) 


"Orang mukmin yang sempurna imannya adalah yang paling baik budi pekertinya dan lemah lembut dengan keluarganya,dan sebaik-baik kamu ialah yang baik kepada isterinya" (Hadis Riwayat At-Tizmizi) 


"Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi" (Hadis Riwayat Ibnu Asahin) 


"Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meniggalkan dunia kerana akhiratnya" (Hadis Riwayat Al-Khatib) 


















Saturday, January 22, 2011

Pilihanraya dun tenang

LABIS, 22 Jan: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pertandingan satu lawan satu antara calon Pakatan Rakyat dari PAS, Normala Sudirman, 38, dengan calon BN dari Umno, Mohd Azahar Ibrahim, 39 dalam pilihan raya kecil Tenang 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya ini jam 11.20 pagi setelah tiada nama calon lain di kemukakan dan tiada bantahan dibuat ke atas kertas pencalonan kedua-duanya.

Calon PAS menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.10 pagi. Beliau dicadang oleh Mahat Jamin dan disokong Rosiah Ahmad.

Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menyerahkan borang pencalonan jam 9.02 pagi. Beliau dicadang oleh Ma Chong Pah dan disokong Jayaraman Chinasamie.

Penamaan calon di jalankan di Dewan Majlis Daerah Labis.





calon pas dan umno


penentuan calon pas dengan calon umno 2 pihak shj,pilihanraya ini bg sy amat penting untuk datuk seri najib kerana ini prk yg menentukan bhw adakah konsep 1malaysia beliau diterima olh rakyat @ sebaliknya dan cara pemerintahan n polisi beliau skrg diterima @ tidak tambah2 pulak isu kenaikan harga minyak n barabg2 mentah mst akn memainkn peranan yg penting wlaupun pd ms skrg momemtum penerimaan rakyat brpihak pd umno mengikut prk dlm parlimen gua musang yg lepas n satu lg kt sabah,.Disamping itu juga Pas juga perlu menang bg meningkatkn kembali keyakinan rakyat kpd pakatan rakyat tp perlu diingati dun tenang adl kubu kuat umno,so pas n pr perlu memainkan isu yg boleh menarik perhatian rakyat khusus dun tenang untuk memilih calon pas dan setrusnya memenangi kerusi dun tenang.

Friday, January 21, 2011

Semalam

hari ni hari sabtu 22.01.11 aku x balik muar minggu ni,kalau ikut biasa yea hari minggu mst aku g muar umah mak saudara aku,cik moh pangilan aku untuk beliau.Semalam aku x de aktiviti ap jz main bowling jea ngn kwn2 mat mie gadis-gadis smua yea kwn dia tuk yg semangat nak main...hahaha gatal btul,biasalh org laki,aku dpt no.3 ok lah dpt 100 point tuk 1st games n 2nd games ada prove skit dpt 110 point..oo lupa lak semlam gak ad kuiz solid mechanic nsib baik dok tepi wak leh gak jeling2 mata aku bkn x leh uat tp x tau nk strt cm ne tp bila dh tau aku dpt uat sendiri r..semalam aku gak ad bc buku bertajuk insaf lukman punya buku cite,buku ni ad bermacam2 cerita yg dpt menginsafkn kita sbg makhluk  Allah..salah satu cite yg dpt aku bc ialah cerita malek nor,beliau menceritakn perihal kisah beliau dulu dan kini mcm mn beliau hanyut dgn kemewahan dan kemahsyuran anugerah Allah sehingga beliau sangup mengandaikan agama Allah dgn msuk krisian tp alhamdulilah sungguh besar kasih syg Allah kpd hamba2 Nya setelah berkelumang dgn sgl maksiat n dosa2 besar beliau dikurniakan hidayah dan petunjuk Allah tuk kembali ke pangkal jln untuk kmbali mjdi muslim yg cinta kepada agama yea yg syg kepada Rasulullah kasih kepada Allah.....sekian tuk hari ini (^_^) as salam



Tuesday, January 18, 2011

as salam

Pesan Nabi sebelum tidur - 1 minit sahaja 

Assalamualaikum... Untuk manfa'at bersama........ 


SEBELUM Tidur 
Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi ) 
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara , yaitu : 
1. Sebelum khatam Al Qur'an , 
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir , 
3. Sebelum para muslim meredhoi kamu , 
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh.... 
"Bertanya Aisyah : 
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?" 
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. 

Bismillaahirrohmaanirrohiim , Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )
 
Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku , maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. 

Bismillaahirrohmaanirrohiim , Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x ) 

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu. 

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )
 
Dan , perbanyaklah bertasbih , bertahmid , bertahlil , bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh

Bismillaahirrohmaanirrohiim , Subhanalloohi Walh amd ulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )
 
Sekian untuk ingatan kita bersama. 
* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang 
yang mengajarnya meskipun dia sudah mati

Sunday, January 16, 2011

RESEPI RAHSIA CINTA:.

sesiapa yg bercinta ini ad tip untuk dikongsi....^_^

RESEPI RAHSIA CINTA


CHOC

1. Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa
yang aku hormati dalam diri mereka?”.

3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.

4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati
terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling
berpandangan, tapi lebih bererti bersama – sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.
Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,
menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..

6. Kekuatan untuk melepaskan
“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.

7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk
mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata – kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan…dan sekarang…kenapa kamu
menunggu?

8. Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia
dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan semangat.
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari – hari kita dengan penuh semangat..

10. Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjaditertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan – akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar – benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar – benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

Tuesday, January 11, 2011

salam

Kategori : AKIDAH TauhidIman  
Tajuk :
Penghuni Syurga Ialah Sebaik-baik Muslim
Hadith :
Dari Abdullah, katanya:” Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada kami:” Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau:” Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?” kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata:” Sesungguhnya saya mengharap bahawa seperdua) dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.”
 
(Muslim)
 
 
Huraian
Umat Islam seharusnya bersyukur kerana dikurniakan hidayah dalam mememuk agama yang benar dan diredhai Allah SWT. Namun fenomena hari ini memperlihatkan kepada kita bahawa tidak semua yang menganut Islam itu benar-benar menghayati ajaran agamanya bahkan ada juga yang memilih agama lain (murtad). Betapa mudahnya iman mereka tergoyah dek kerana godaan dan hasutan duniawi. Oleh itu benarlah seperti sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam itu ramai namun nilaian mereka hanyalah seperti buih-buih di lautan yang tidak mendatangkan apa-apa kesan. Mereka mudah dipermain-mainkan oleh pihak musuh bahkan mereka sendiri bertelagah di antara satu sama lain. Justeru meskipun peluang untuk kita menghuni syurga Allah amat besar namun peluang tersebut tidak direbut oleh semua orang. Ramai yang berebut mengejar nikmat dunia yang sedikit ini berbanding dengan nikmat akhirat yang jauh lebih besar. Kesesatan manusia hari ini tidak mustahil membuatkan iman mereka semakin kurang yang akhirnya cara hidup mereka seolah-olah tiada bezanya lagi dengan orang yang kafir.
Q.S. An Nahl (16) ayat 125 :
ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِ‌ۖ وَجَـٰدِلۡهُم بِٱلَّتِى هِىَ أَحۡسَنُ‌ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ‌ۖ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. [Q.S. An Nahl (16) ayat 125]
Jika ada kesalahan, khilaf dalam penyampaian, mohon saran dan kritiknya.
Da’wah in Islam is actually an order from Allah in His Holy Qur’an in a number of places. Let us consider one: “Kuntum khairan ummatin ukhrajat linaasi tawmaruna bil maruf wa tan anna anhil munkar.”
You are the best of people raised up, for you call to all that is right and righteous and you forbid the evil, and you believe in Allah. [Qur'an 3:110]

 

salam

hari ni 12.01.11 dh msuk minggu ke-2 aku belajar untuk sem baru ni,tapi bljr tak tau mana lagi...hancur2..^_^,hari ni kelas start kul 10pg hingga 12 tghri ermmmm kelas manufacturing ngn kelas solid mechanic,.tapi hari ni ap yg lecturer ajar masuk kepala tmbh2 lak subjek solid terbaik r cik zulkufli,aku rs teknik pengajaran dia salah satu teknik yg disukai oleh pelajar2,sikap dia yg mesra alam n tk care pelajar itu yg buat pelajar suka dia,..manakala lecturer manufacturing cik rozaimi  ok lah dia ajar ok tp biasalh subjek teori mst mengantuk tp nsib baik lah dia pndai selit2kn dgn bnda2 yg leh fresh2 kn otak kitaorg ni...jap lagi lps solat zhor aku nk g photostat labsheet ngn buku dinamik yg mahal 2..hahaha^_^,ok cau lu salam tk care...

Sunday, January 9, 2011

AJL

Juara lagu semalam mmg  mengejutkan kebanyakan pihak kerana ini suatu keputusan yg x disangka2...hahahaha mst ad yg mkn hati kn,biasalah mnusia,tp sy rasa kemenangan bg ana rafli adl suatu kemenangan yg adil yg telah dijurikan olh org2 yg pakar dlm stp aspek di dlm bidang muzik yg diketuai oleh sifu m.nasir bkn calang2 juri.Ini kemenangan yg adil bg ana rafli...

Saturday, January 8, 2011

kata-kata itu mutiara bagi org yg pandai menilai

" Muslim itu bersaudara, karena itu jangan menganiyaya dan membiarkannya. Siapa saja yang memperhatikan kepentingan saudaranya, Allah akan memperhatikan kepentingannya. Siapa saja yang melapangkan satu kesulitan sesama muslim, Nescaya Allah akan melapangkan satu kesulitannya pada hari kiamat " (HR. Buchori dan Muslim)


" Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik. Orang yang beriman itu lebih manis dari madu. Mempertahankan iman itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut" ( Abu Bakar As-Siddiq)


"Siapa yang mendatangimu dengan kebaikan, maka balaslah. Jika kamu tidak mendapatkan sesuatu untuk membalasnya, maka doakanlah kebaikan padanya sampai kamu mengetahui bahwa kamu telah membalasnya." ) HR. Daud Nasai Ahmad)


" Orang yang berakal itu adalah orang yang mahu mengambil ikhtibar dan pelajaran dari kisah pengalaman orang lain" ( Ali Bin Abi Tholib)
kata-kata mutiara :’)
by : nabila triananda












beberapa kata2 yg boleh mencentik minda kita supaya kita berfikir sejenak di manakah kita.....??????

Saturday, January 1, 2011

sabtu 1.1.11

semalam aku daftar hostel kt emerald,aku jumpa blik kwn2 sekuliah aku yg x jumpa sebulan lebih,byk yg kitaorg borak2 kn,tmbah lak psal pointer masing2,hehe2 aku dpt sikit je leh lah ckup2 mkn,insyAllah sempena thn baru ni aku akn berusaha dptkn keputusan yg lebih baik dr sem lps ini janji aku pd diri ini...berbalik kpd hostel aku td aku dok blok A skrg tingkat 2 umah no 13 blik no 3,besar jugak lh blik ni syukur pada Allah alhamdulilah,x mcm blik seblum ni kecik keno share ngn cina..hehehe kelakar pun ad kadang2 ms share ngn cina dulu,tp x pe lah itu pengalamamn smua yea,pengalaman sesuatu pelajaran yg manusia akn bljr melalui perjalanan hidup meraka sendiri tiada dijual di kdai2 runcit maupun supermrket,oleh itu usah berduka dgn ap cabaran dan dugaan yg kita hadapi dlm hidup ni,kita sbg org Islam kena prcaya stp yg berlaku adlah ketentuan Allah Yang Maha Berkuasa smua yea ad hikmah untuk diri kita ni,fikir2 lah kwn2 smua..ok