Monday, January 24, 2011

kelantan kena lagi


Kota Bharu,belum pun saingan Liga Malaysia musim ini membuka tirainya, Kelantan, juara Piala Malaysia 2010, sudah menerima perkhabaran buruk.
Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan mengekalkan hukuman gantung enam bulan ke atas ketua jurulatihnya, B. Sathianathan berkuat kuasa kelmarin.
Keputusan tersebut mengejutkan penyokong setia pasukan The Red Warriors ketika persiapan mereka sudah memasuki fasa terakhir sebelum aksi merebut Piala Sumbangsih antara Kelantan dan Selangor pada 29 Januari ini bermula di Stadium Shah Alam.
Ekoran keputusan tersebut, Kelantan perlu mencari pengganti Sathianathan untuk mengemudi The Red Warriors berikutan penolongnya, Hashim Mustafa hanya mempunyai Lesen Kelas B dan tidak layak mengetuai pasukan.
Penyokong Kelantan menganggap tindakan FAM itu sebagai ‘kurang cerdik’ kerana membuat keputusan pada saat-saat akhir sekali gus menyusahkan pasukan The Red Warriors untuk mencari pengganti yang sesuai.

Ini lah sikap org2 FAM yg tak tau bila nk berubah wlaupun tan sri anuar sendiri berada di dlm yea tp beliau sendiri terpaksa menerimanya kerana beliau berseorngan di dlm FAM.Sungguh memalukan kerana ini tidak langsung akn meningkat mutu bola sepak malaysia malah menjatuhkan adalah,tgk di epl mana ad jurulatih digantung sampai 6 bulan paling teruk pun sebulan jea 2 pun dpt pergi stadium besm pemain tp ms permainan duduk di bangku penonton.Bola sepak malaysia baru sje nak bangkit kembali dr zaman kegelapan tut2 FAM pulak buat hal...ish2 kesian yg jadi mangsa rakyat malaysia kerana terpaksa menangung semua ini...fikir2 kan lah..^_^