Tuesday, January 11, 2011

salam

Kategori : AKIDAH TauhidIman  
Tajuk :
Penghuni Syurga Ialah Sebaik-baik Muslim
Hadith :
Dari Abdullah, katanya:” Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada kami:” Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau:” Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?” kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata:” Sesungguhnya saya mengharap bahawa seperdua) dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.”
 
(Muslim)
 
 
Huraian
Umat Islam seharusnya bersyukur kerana dikurniakan hidayah dalam mememuk agama yang benar dan diredhai Allah SWT. Namun fenomena hari ini memperlihatkan kepada kita bahawa tidak semua yang menganut Islam itu benar-benar menghayati ajaran agamanya bahkan ada juga yang memilih agama lain (murtad). Betapa mudahnya iman mereka tergoyah dek kerana godaan dan hasutan duniawi. Oleh itu benarlah seperti sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam itu ramai namun nilaian mereka hanyalah seperti buih-buih di lautan yang tidak mendatangkan apa-apa kesan. Mereka mudah dipermain-mainkan oleh pihak musuh bahkan mereka sendiri bertelagah di antara satu sama lain. Justeru meskipun peluang untuk kita menghuni syurga Allah amat besar namun peluang tersebut tidak direbut oleh semua orang. Ramai yang berebut mengejar nikmat dunia yang sedikit ini berbanding dengan nikmat akhirat yang jauh lebih besar. Kesesatan manusia hari ini tidak mustahil membuatkan iman mereka semakin kurang yang akhirnya cara hidup mereka seolah-olah tiada bezanya lagi dengan orang yang kafir.
Q.S. An Nahl (16) ayat 125 :
ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِ‌ۖ وَجَـٰدِلۡهُم بِٱلَّتِى هِىَ أَحۡسَنُ‌ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ‌ۖ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. [Q.S. An Nahl (16) ayat 125]
Jika ada kesalahan, khilaf dalam penyampaian, mohon saran dan kritiknya.
Da’wah in Islam is actually an order from Allah in His Holy Qur’an in a number of places. Let us consider one: “Kuntum khairan ummatin ukhrajat linaasi tawmaruna bil maruf wa tan anna anhil munkar.”
You are the best of people raised up, for you call to all that is right and righteous and you forbid the evil, and you believe in Allah. [Qur'an 3:110]

 

salam

hari ni 12.01.11 dh msuk minggu ke-2 aku belajar untuk sem baru ni,tapi bljr tak tau mana lagi...hancur2..^_^,hari ni kelas start kul 10pg hingga 12 tghri ermmmm kelas manufacturing ngn kelas solid mechanic,.tapi hari ni ap yg lecturer ajar masuk kepala tmbh2 lak subjek solid terbaik r cik zulkufli,aku rs teknik pengajaran dia salah satu teknik yg disukai oleh pelajar2,sikap dia yg mesra alam n tk care pelajar itu yg buat pelajar suka dia,..manakala lecturer manufacturing cik rozaimi  ok lah dia ajar ok tp biasalh subjek teori mst mengantuk tp nsib baik lah dia pndai selit2kn dgn bnda2 yg leh fresh2 kn otak kitaorg ni...jap lagi lps solat zhor aku nk g photostat labsheet ngn buku dinamik yg mahal 2..hahaha^_^,ok cau lu salam tk care...